TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Wednesday, August 31, 2016

Salam Merdeka, Salam Sehati Sejiwa 2016








Bismillah...


Salam merdeka, salam sehati sejiwa ...
Alhamdulillah, pertama kali dalam hidup, saya berpeluang menonton acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kali -59 secara langsung dari Dataran Merdeka pada pagi tadi.  Saya dan dua orang lagi rakan guru, iaitu Pn. Noor Roazua bt Mohd Nor dan Pn. Siti Hajar bt Abdullah serta seorang pelajar tingkatan enam iaitu Hamizah bt Ismail mendapat jemputan tersebut atas nama Pandu Puteri Renjer. Itu rezeki yang tidak terjangka namanya.  Mungkin bagi orang lain, apalah sangat jemputan tersebut, kerana tanpa jemputan pun, mereka boleh pergi sendiri untuk menonton sambutan tersebut, tetapi bagi saya, besar maknanya.  Kalau tidak kerana jemputan itu, saya tidak akan sama sekali pergi menontonnya di Dataran Merdeka.  Bukan kerana saya tidak patriotik, tetapi saya lebih gemar menontonnya di kaca televisyen di rumah.  Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai, malah lebih santai bersama anak-anak sambil makan-makan di depan kaca televisyen.

Dengan jemputan itu juga, saya berpeluang beruniform lengkap sebagai pemimpin Pandu Puteri Renjer dan duduk dalam kumpulan badan-badan beruniform yang lain. "Feeling truly proud and honoured." Walau apapun, saya sangat-sangat kagum akan mereka yang sanggup hadir ke situ semata-mata mahu menyaksikan perbarisan dan perarakan secara langsung.  Ada yang membawa anak-anak kecil, ada yang berpakaian bendera Malaysia, dari adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, hingga makcik-makcik dan pakcik-pakcik, semua ada di situ. Mereka sanggup berdiri, berpanas dan berasak-asak di sepanjang jalan Dataran Merdeka sejak awal pagi hingga tamat acara. Namun begitu, mereka kelihatan sangat teruja dan sangat gembira. Sungguh, mereka sangat-sangat patriotik! Syabas dan tahniah kepada rakyat Malaysia.





















































Dari tempat duduk saya, saya dapat melihat dengan jelas setiap perarakan dan perbarisan yang lalu di hadapan pentas kami. Bunyi jet-jet pejuang yang terbang rendah di atas kepala kami sungguh menggerunkan, namun mengujakan. Nyanyian, tarian dan pergerakan-pergerakan indah yang dibuat oleh para pelajar di Dataran Merdeka  membuatkan saya berasa sangat kagum. Kami turut mengibarkan bendera, melambai-lambai kepada kumpulan perbarisan dan menyanyi semua lagu patriotik yang berkumandang. Wah, saya berasa sungguh patriotik!  Teruja juga sebab saya berpeluang melihat  wajah pemimpin secara 'live'. Saya juga berpeluang menonton drama pendek secara langsung hasil lakonan semula pihak PDRM, dalam adegan detik-detik cemas mereka menumpaskan  aktiviti penyeludupan dadah. Adegan mengejar penyeludup dengan kereta dan helikopter, adengan tembak-menembak, penglibatan pasukan berkuda, pasukan anjing pengesan dan semuanya kelihatan seperti benar-benar berlaku. Saya terpegun dan terkedu seketika.  Meremang bulu roma.  Tahniah kepada pasukan PDRM.

Setelah acara tamat dan para pemimpin negara pulang, masih ramai orang  tidak bergajak.  Mereka terus duduk-duduk di situ dan ada yang mengambil tempat para kenamaan yang sudah pulang. Ramai juga yang masih berada di situ kerana mereka mengambil kesempatan cuti hari kemerdekan untuk lepak-lepak bersama keluarga di situ. Kami akhirnya beredar. Pada saya, pengalaman pada hari ini sangat menyeronokkan. Semoga jumpa lagi pada tahun hadapan. 

Saturday, August 27, 2016

It Is Never Too Late...




Bismillah...


"Age is nothing to do with your succes.  It is never too late for you."  Saya benar-benar terinspirasi oleh kedua-dua klausa ini.  Ia memberi motivasi kepada saya untuk meneruskan harapan dan cita-cita saya yang masih belum terlaksana.  Sejak dahulu, saya menyimpan beberapa cita-cita yang mahu saya capai sebelum berumur 40 tahun, iaitu mahu ada rumah sendiri, mahu menunaikan haji, mahu menyambung pengajian saya ke pringkat phd, dan  mahu menjadi seorang penulis yang berjaya.

Alhamdulillah, cita-cita saya yang pertama dan kedua sudah pun terlaksana walaupun sedikit tersasar dari segi masa yang ditetapkan.  Namun begitu, cita-cita saya yang ketiga dan keempat entah bila akan menjadi realiti.  Terlalu banyak rintangan di hadapan.  Saya semakin tidak yakin apabila setiap hari saya menghitung usia yang semakin menginjak. Mampukah saya? Tidakkah terlalu lewat untuk saya mendapatkan phd dalam usia sebegini dan tidakkah terlalu tua untuk saya menjadi seorang penulis novel  dalam usia sebegini? Dalam usia sebegini, ramai rakan sebaya saya sudah pun bergelar doktor falsafah, manakala rata-rata penulis novel kini memulakan kerjaya mereka sebagai penulis dalam usia yang masih muda.  Kadang-kadang saya  berasa mahu menyerah kalah sahaja apabila memikirkan bahawa saya sudah terlalu tua untuk itu semua. 

Walau bagaimanapun, sejak saya menonton video Deshun Wang yang berasal dari Shenyang, China, saya terinspirasi oleh beliau. Saya mula berfikir dan bermuhasabah. Saya mahu menjadi seorang yang positif seperti Deshun Wang. Menurut beliau, umur bukan penghalang kepada beliau untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Tiada istilah terlewat dalam hidupnya.
                                                                                    
                                                 
Dalam usia 24 tahun, beliau memulakan karier sebagai pelakon teater.  Pada usia 44 tahun, beliau mula belajar bahasa Inggeris.  Pada usia 49 tahun, beliau mencipta gerakan pentomin, 50 tahun, beliau mula ke gim, 57 tahun, beliau kembali ke pentas teater, 79 tahun, beliau menjadi model 'catwalk' untuk kali pertama dan dalam usia 80 tahun, masih banyak impian yang ingin dicapai oleh beliau.

Menurut beliau, potensi diri perlu dikembangkan.  Apabila kita berfikir bahawa semuanya sudah terlewat, ia akan menjadi alasan untuk kita menyerah kalah.  Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kita untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi dan minati, kecuali diri kita sendiri.  Apabila tiba waktunya untuk kita bersinar, jadilah sinaran yang paling gemerlap.

Mulai saat itu, saya mula menanam keazaman untuk meneruskan kedua-dua cita-cita saya yang terakhir itu.  Kini, saya yakin bahawa  saya mampu melakukannya dan dalam proses melakukannya. Saya juga mencabar diri sendiri untuk membuktikan dan merealisasikan cita-cita saya itu, agar cita-cita saya itu bukan sekadar angan-angan kosong sahaja.

Andai anda seperti saya, masih mempunyai impian, harapan dan cita-cita yang belum tercapai dalam usia yang semakin senja... ayuh, bajai semula semangat dan keazaman anda untuk menggapai impian tersebut.  Teruskan usaha anda selagi nyawa masih di badan, kerana "age is nothing to do with your succes and it is never too late for you."

Semoga anganan bisa jadi kenyataan...insya-Allah.

Monday, August 22, 2016

Hamdy Mohammed Abdel Baseer el Waey



              Mata Ahmad Irfan rakus meneliti berita di dada akhbar di hadapannya.  

"EgyptAir MS804 hilang dari radar.  Walaupun kebanyakan media melaporkan bahawa pesawat itu meletup di udara dan terhempas, tapi tiada tanda-tanda jelas sebab sebenar pesawat terbabit meletup.  Antara mangsa yang hilang ialah satu pasangan suami isteri yang berasal dari Egypt.  Mereka ke Perancis untuk membuat pembedahan buat isterinya yang mengalami penyakit kanser. Mereka berada di Perancis selama sebulan dan meninggalkan tiga orang anak mereka di Egypt.  Si suami terpaksa menjual semua harta yang ada demi menyelamatkan isterinya".

          Ahmad Irfan termenung seketika.  Tragedi MH370 dan MH17 kembali menerjah ke benak fikirannya.  Tidak mampu untuk dia menterjemahkan perasaannya ketika itu, apatah lagi perasaan seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.  Hatinya benar-benar tersayat.  Ya Allah, engkau tempatkanlah roh mangsa-mangsa yang terkorban dalam kalangan orang-orang yang mulia di sisi-Mu.  Takziah untuk seluruh keluarga mangsa, bisiknya di dalam hati. Tidak semena-mena, Ahmad Irfan teringat akan Moda, lalu dia segera mengirim sebaris ayat takziah kepada Moda atas tragedi yang telah mengorbankan 68 jiwa rakyat Egypt, sebagai tanda dia turut berdukacita dan bersimpati atas nahas yang telah berlaku.  Setengah jam kemudian Moda membalas pesanannya dan mengucapkan terima kasih kepadanya atas keprihatinannya.

          Dia mengenali Moda enam tahun lepas.  Pertemuan dan perkenalan mereka berlaku secara kebetulan. Perkenalannya dengan lelaki Egypt itu berlaku di Lapangan Terbang Sukaerno, Jakarta.  Dia ke Jakarta kerana urusan kerjanya manakala Moda pula menziarahi seorang rakannya, seorang pelukis, dan sejak itu mereka menjadi rakan hingga kini. Moda, 60 tahun atau nama sebenarnya Hamdy Mohammed Abdel Baseer el Waey ialah seorang komposer muzik yang berasal dari Mansourah, Mesir.  Moda ialah nama dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.  Moda merupakan seorang pemuzik yang terkenal dan tersohor pada zaman kegemilangannya, namun dia kini tidak lagi seaktif dahulu.  Komposer ini agak unik kerana dia menggubah lagu hanya menggunakan alat muzik 'Oud Lote' iaitu sejenis alat muzik tradisonal Mesir. 

          Sejak pulang dari Jakarta, dia dan Moda selalu juga berhubung melalui aplikasi mesengger, sekadar bercerita dan berbincang tentang isu-isu semasa dunia dan politik. Selalu juga mereka berdebat menerusi aplikasi mesengger kerana tidak sependapat dalam sesuatu isu.  Pada Ahmad Irfan, karektor lelaki Arab itu sukar ditafsir.  Melalui penceritaan Moda, Ahmad Irfan mengenali seluruh ahli keluarga Moda.  Isterinya, Soaad, 57, mengusahakan sebuah kedai runcit, dan anak lelakinya, Kareem, 30  serta anak gadisnya Nawwarah, 25, kedua-duanya bekerja di syarikat komputer di Mansourah.  

          Dia dan Moda pernah terputus hubungan selama beberapa tahun apabila Mesir mengalami pergolakan politik. Tiba-tiba sahaja Moda 'hilang dari radar', tidak dapat dikesan. Akhirnya Ahmad Irfan membuat andaian bahawa Moda mungkin terkorban dalam rusuhan yang berlaku di negaranya kerana dahulu dia pernah memberitahu Ahmad Irfan bahawa  dia juga terlibat secara langsung dalam demostrasi politik di negaranya, dan dia merupakan ahli pembangkang yang agak aktif. Namun begitu, segala andaian Ahmad Irfan meleset apabila pada suatu hari Moda menegurnya melalui aplikasi messenger. Ahmad Irfan tidak pernah menyangka bahawa Moda akan menghubunginya semula setelah sekian lama terputus hubungan, namun dia amat gembira kerana rakannya itu masih wujud. 

              Pada minggu lepas, Moda datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan berusaha mencarinya. Pada kesempatan itu, Ahmad Irfan membawa Moda bersiar-siar di bandar raya Kuala Lumpur.  Moda merupakan tetamunya pada kali ini.   Selama dia menemani Moda bersiar-siar di bandar raya Kuala Lumpur, banyak yang dibualkan oleh mereka. Rupa-rupanya selama ini Moda dan seluruh ahli keluarganya berada dalam kesedihan kerana anak saudara lelakinya yang berumur 21 tahun terbunuh dalam sebuah demostrasi politik di tempatnya. Menurut Moda, puak Ikhwanul Muslimin yang menembak anak saudaranya itu bersama empat pemuda yang lain.  Keadaan di Mesir juga kucar-kacir selama beberapa tahun. Semua itu menyebabkan dia tertekan dan akaun facebooknya juga ‘dihacked’ menyebabkan dia kehilangan semua jejak rakan ‘facebook’nya. Ahmad Irfan tersentak mendengar pengakuan Moda. Lelaki Arab tinggi lampai itu direnungnya tepat. Walaupun sudah agak berumur, namun Moda masih kelihatan kacak dalam kemeja dan jeansnya. Selama ini dia tidak pernah tahu bahawa Moda menentang kerajaan Ikwanul Muslimin yang diketuai oleh Dr. Morsi.  

            "Ikwanul Muslimin is terrorist!" Bergetar suara Moda ketika bersuara. Riak-riak kebencian terserlah pada wajah berumur itu.  Ahmad Irfan berusaha untuk tersenyum. Dia ingin mengenali lelaki itu dengan lebih 
dekat, jadi dia tidak akan memperlihatkan pendapatnya yang bertentangan.  Dia akan mengikut  sahaja rentak Moda agar lelaki itu selesa bercerita kepadanya.  

                  "Would you like to tell me about the demonstration in your country that you took part?  What was your role? What was going on exactly?  I need an idea about it, to understand the real situation." Ahmad Irfan cuba memancing jawapan Moda.  Dia ingin mengetahui pendapat  warga Egypt itu tentang Ikhwanul Muslimin. Moda menolak cawan kopinya ke tepi, lalu mengeluarkan sebatang rokok Dunhill.  Dia menyalakan rokok itu, dan menghisapnya dengan santai. Setelah dia menghembus asap rokoknya itu beberapa kali, Moda memandang Ahmad Irfan.  Pemuda Melayu itu kelihatan naif dengan pertanyaannya. Ahmad Irfan tetap bersabar menunggu patah-patah perkataan yang akan keluar dari mulut Moda.  Dia harus bersikap 'gentleman' iaitu tidak terlalu mendesak.  Ahmad Irfan   memandang di sekeliling 'coffee house' itu.  Semakin ramai pengunjung yang tiba untuk menikmati makan malam di situ.  Dia mengerling pula jam di tangannya. Pukul 9.05 malam.  

                  "In 2011, I joined in at the begining.  I was against Mubarak, the President, but after a while, I figured out that the demonstrations were actually leads by US, then I was against it, especially after the army started to control the country."   
  
                      "Do you mean Mubarak was not guilty, and it was just a conspiracy?" 
                        
              "Mubarak is  a murderer and guilty.  He was a spy for the US, but it was a conspiracy, eventhough he was a spy for them.  Their plan is to destroy the state and all the Arab countries must be divided into small parts such as Sunnah, Sheaa, Akrad, Druz etc.  All that just for the sake of Israel.  Israel will eat the whole Palestinians land, and it will control all the Arab countries after the division."
  
                       "And how was your nephew killed?"
                      
                   "Ikhwanul Muslimin was killing the people on the streets.  He was in a demonstration against Ikhwan.  They shot him and four other people that day."  Kelihatan mata Moda berkolam.  Mungkin dia sedang mengingati peristiwa yang menimpa anak saudaranya itu, fikir Ahmad Irfan.


                   “Why did you say that Ikhwanul Muslimin is terrorist? What have they done to Egypt people? Why the army took over the Ikwanul Muslimin government?”  Soal Ahmad Irfan bertalu-talu.  Dia ingin mendengar jawapan Moda dari perspektif seorang rakyat Mesir.

               “Do you really want to know, Ahmad?”  Modal menyoal kembali meminta kepastian.  Dia berfikir sejenak kemudian memandang Ahmad Irfan dalam-dalam.

                  “Who are the Ikhwan?  It is an organization.  The English Intellingence helped to create it in Egypt in 1928.  The English Intellingence funded them.  The England occupies Egypt at that time.  The invitation of Ikhwan is by asking people here to worship god.  Be careful Ahmad.  They wanted the people here to worship god while the Egyptians who invented the cut of unification by King Pharaoh Akhenaten.  Egyptian King Akhenaten, who is called to worship the Lord (only one god).  Akhenaten denied the multiplicity of gods.  He said, glory in heaven is one god, but they claim to religion and to worship god in the land of god.  Egyption people worship one god, thousands of years before apostle birth.  This is publicly, but in secret.  They want power.

        Therefore, they allied themselves with British who occupy Egypt and allied themselves with the king and his family corrupt who plundered the country’s wealth and spread of poverty, ignorance and disease in the country.  Why Ikhwan allied with England and they allied themselves with the corrupt king?  Because they want  the power, so they set up a militia in secret and when Ikhwan disagreed with the king’s authority, judje assassinated and they assassinated the Prime Minister of Egypt in 1948.  So, the king decided to remove this organization  because they are terrorists.  And what happened then?  They burnt Cairo in 1951, fires everywhere in the shops, the role of movies, buses, and private cars…everything.  We study this Ikhwan history in schools.  It is tittled “Cairo Fire.”  When the revolution of 1952 by Gamal Abdel Nasser,  Gamal don’t hate them.  He wanted to give them another chance to start again.  He said, “we can cooperate together.”

           But in 1954, two years after Nasser’s revolution to expel England and achieved social justice and the fight against poverty, Ikhwan tried to assassinate the leader Gamal Abdel  Nasser, who delivers a speech amid the masses. And he commanded to arrest them and sent them to prisons. Until he died commander Jamal came after him traitor Anwar Sadat ruler of Egypt. Sadat ordered the departure of all terrorists from prison. Ikhwan and Salafists got their freedom. Sadat  sent them in conjunction with the United States and Saudi Arabia to Afghanistan to set up al-Qaeda terrorist to fight the Soviets in Afghanistan. After the collapsed of the Soviet Union, Ikhwan and the Salafis terrorists returned from Afghanistan. They are well trained for fighting then they assassinated Sadat to fight for the power with Mubarak.
         
              Ancient Egyptians came between the jaws of molar (the spy Mubarak and the terrorists Ikhwan). America and the NATO provoked colonial political activities in the Arab region. After they occupied Iraq and killed Saddam Husen the president, America led a popular movement against the state in January 25, 2011, in Egypt, Tunisia, Syria, Libya and Yemen. Ikhwan as usual alliance with America, the NATO and Israel. After America  and Israel promised Ikhwan “we will help you to controlled Egypt.” Egyptians have been killed in the streets and burned 257 Egyptian church, killed and dragged through and cut the bodies of the Egyptians on the television screens. Finally, Ikhwan and the Salafis control Egypt in 2012, Tunisia, Libya and Yemen also. Egyptians got more hungry. Ikhwan said to the people here. “we came to rule Egypt and we will not give up. We will stay for 500 years more. Ikhwan is an international gang, not a national organization, and they are families, same like mafia. It means, when Ikhwan control Egypt, all security secrets will spread all over the world. Egyptians revolted the police and the judiciary and the media, lawyers, workers and peasants. Artists, all people took to the streets of Egypt and they called the army to stand by the people. In June 30, 2013, satellites and Google Earth count the number of Egyptians in the streets (33 million).”
         
          “And Al-Sisi ?”

“President Al-Sisi is a folk hero. Egyptian people created the hero Sisi to save Egypt and Egyptian. The army is positioned along with the Egyptian people and the army arrested the terrorists Ikhwan and they have been presented to the fair judge.”
         
               Ahmad Irfan melepaskan nafas panjang. Dia termenung seketika.
          
                “Whats wrong, Ahmad?”
        
                  “What I read about Ikhwanul Muslimin and what you told me just now is so contradict.”
         
              “Why?” soal Moda lagi.
         
            “Because it makes me confuse, who is right and who is wrong actually.”

                Moda tertawa kecil sambil menghembuskan asap rokoknya.

                    "You are not Egyptian, so you know nothing about us.  We know our people and country better. You only listen to the media that created the propaganda.  They are all  bulshit."

          Sekali lagi Ahmad Irfan rasa terpukul dengan ucapan Moda. Mungkinkah Moda dapat membaca hatinya?  Ahmad Irfan terseyum pahit.

                     “Don’t get me wrong, Ahmad. I am not talking about you, but the people in general.”

                     “No worries, I know.”

                     "Tell me about Syria.” Ahmad Irfan mahu membandingkan berita yang dibacanya dengan penjelasan Moda tentang Syria.  
                 
                   "It is the same conspiracy.  Bashar and Hezbullah fight against the US, Nato and Israel.  Egypt, during the days of the spy Sadat made capitulation with Israel.  Jordan also made the same capitulation with Israel. USA and Israel wanted Syria to make the same capitulation but Syria refused, and kept helping the resistance.  Lebanon resistance and Palestinian resistance against Israel.  So USA, Nato and Israel want to destroy Syria, as they had destroyed Iraq and Libya."

                  "The Arabs countries themselves were never united.  Saudi Arabia is with the US, right?"  Ahmad Irfan mencelah.  Moda tersenyum kepada Ahmad Irfan.

                   "Yes." jawab Moda pendek.

                   "All the gulf countries.  Actually the US used Saudi Arabia for their profit."

                   "To me, if all the Arab countries are united under Islam, USA and Israel will lose.  If all the muslims people boycott their products, they will go bangkrupt."

                      "Not under Islam.  Why Islam?  There was Islamic state for more than 1300 years, under controled by Othmani Turkey.  It was a state for killing, burning, fighting...it was out of date.  Why Islam or Christian? The religion is just for you to believe, not to control other people."  Ahmad Irfan pasti Moda salam faham akan maksudnya.  Tak mengapa, getusnya di dalam hati.

                      "Ok, back to your country. The demostration that you had  joined, what type of demonstration was that?”

                      "Of course peaceful.  I am not a terrorist, Ahmad."  Ahmad Irfan berasa sedikit terpukul dengan jawapan Moda.   Dia membalas senyuman Moda. 

                        "I know.  You never get hurt?  I knew about your country from the media and you told me that you were  against the government before you dissappeared, and when you didn’t appear, I thought you were dead in the demonstration."  

                         Moda tertawa kecil.  "Oh really?"

                         "Yes."

          Moda membuka ipadnya, lalu menaip sesuatu pada messenger, lalu mengirimkannya kepada Ahmad Irfan.  

                          "Ahmad, open your messenger.  I sent you a link.  Please be free to read itu." ujar Moda sambil menatap ipadnya.  Ahmad Irfan terus membuka messengernya pada telefon bimbitnya, lalu membaca link yang dihantar oleh Moda kepadanya.

                              "What is it all about?" Tanya Ahmad Irfan.

                            "There is a conspiracy going on Arab the region.  Please be free to read it."

                            "I will, later.  Moda, tell me about Aleppo." Tiba-tiba sahaja Ahmad Irfan teringat  tentang Aleppo.  Dia teringat bahawa dua hari lepas rakan facebooknya berkongsi status tentang Aleppo dan memohon umat Islam mendoakan agar Allah melindungi Aleppo dalam statusnya "Pray For Aleppo". Sewaktu membaca status rakannya itu, Ahmad Irfan benar-benar tidak mengetahui tentang Aleppo, namun setelah dia bertanya kepada rakannya melalui mesengger, dia mula faham tetapi tidak sepenuhnya.
                          
                             "Syria, quoted by USA and NATO, Saudi Arabia and Turkey.  Hundreds of terrorists from more than 80 countries went to Syria, helped them to take control of most of the Syrian territory.  They killed more than 250 thousands of Syrians and migrated  more than 6 million Syrians in refugee tents.  The USA media controlling the world broadcast, lies day and night that Bashar kills people.  There are two forces in Syria.  First, evil alliance that is the USA, the Zionist entity and NATO and their followers that is Turkey, Saudi Arabia and Qatar. Second, resistance alliance that is Syrian Arab Army and the Palestinian resistance and the Lebanese resistance, Hezbollah and Iran. Russia and China are on the other side. A third world war.  America and its allies are losers.  Aleppo is the last battle.  Syria will be divided into small states, but god willing, resistance alliance will win."

                              "Then, who killed Syria's people?  Some friends of my friend that went to Syria for the mercy said it was Bashar.”  Ahmad Irfan sekali lagi memancing Moda.   Baginya Basharlah  dalang yang sebenarnya.   

                                    "How could you say Bashar?" 

                          "I don’t know, that’s why I asked you."  Ahmad Irfan mengangkat bahu.  

                              "The Syrian army is from the Syrian people.  If the army kills the people, it means the army  kills his brothers and sisters.  If the army killed it's people it means they were divided."

                               "I don’t understand." ujar Ahmad Irfan. Dia kelihatan keliru.

                                "The nation army can’t kill its people.  It was just a lack of propaganda.  Evil's alliance who  control the televisions all over the world. They also say that our president Al-Sisi kills his people.  Our army kills the terrorist, not our people.  They collect terrorists from more than 80 countries and sent them to kill the Syrian.  If you bear to watch, I can send you videos to see who killed the Syrian.  Who killed the people in Iraq, Libya, Yemen and Egypt were terrorists which made by USA, Israel, Turkey, Saudi Arabia and Qatar. Inshaallah Aleppo must win.  Pray for Aleppo.  The people in Aleppo were killed since 6 years ago.  The USA are making a black propanganda now."

                  "Amin." Ahmad Irfan turut mengaminkan doa Moda sambil khusyuk mendengar penerangan Moda. Dia tidak pasti adakah Moda di pihak yang benar atau sebaliknya.  Agak lambat dia menghadam keterangan Moda. Lelaki Arab itu begitu yakin ketika bercerita dan sangat celik sejarah.  Ahmad Irfan sedikit kagum akan Moda.  Ahmad Irfan mengakui bahawa dia sendiri tidak begitu faham akan pergolakan yang berlaku di negara Arab. Jadi, penerangan Moda mungkin dapat membantunya memahami situasi sebenar di Mesir walaupun tidak seratus peratus.  

                Sekali lagi Moda mengirim satu link kepada Ahmad Irfan  melalui aplikasi mesengger pada ipadnya.  
                  
               "Please be free to read it, Ahmad."
           
               Ahmad Irfan membuka mesengger melalui telefon bimbitnya.  Dia meneliti link tersebut.

  http://21stcenturywire.com/2016/02/11/us-bombd-aleppo-then-blamed-russia-for-destroying-two-hospitals/
        
                  "OK, I will. Tq Moda."
                         
           Setelah agak lama bersantai di ‘cofee house’, Ahmad Irfan meminta diri untuk pulang ke apartmentnya.  Dia berasa agak letih kerana seharian menemani Moda berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Esok dia berjanji akan membawa Moda melawat Muzium Negara, Tugu Negara, Parlimen dan Dataran Merdeka.  Mereka berpisah di situ.  Moda menginap di Hotel Concorde Kuala Lumpur, jadi tidak ada masalah bagi Ahmad Irfan untuk ke situ kerana apartmentnya juga tidak jauh dari situ.  Dia segan untuk mempelawa Moda menumpang di apartmentnya kerana apartmentnya bersepah.  Maklumlah, orang bujang, tambahan pula kerjanya sebagai 'IT designer' dan jurufoto bebas menyebabkan dia tiada masa untuk berkemas.

            Keesokan paginya, seperti yang dijanjikan, tepat jam 9.00 pagi, Ahmad Irfan tiba di lobby hotel dan 5 minit kemudian, Moda muncul.   Setelah berbual-bual sekejap, mereka beredar ke kereta Ahmad Irfan.  Dalam perjalanan ke Muzium Negara, Ahmad Irfan memasang cd ayat al Quran di dalam keretanya. Alunan ayat al-Quran bacaan Qari Kuwait itu sungguh mengasyikkan. 
               
                "Moda, do you speak Arabic or Egyptian?"
                " Mix."
                "Are they different?"
               
                "Yes, they are different, but it is easy for Arab countries to speak and understand Egyptian because Egypt is the only country who have the great cinema.  It spreads our langguage and accent all over the Arab countries.  Arab like to speak as Egyptian people." 
                       
                  "Oh, I see. I wish I can speak Arabic well to understand Quran well."
                         "You will never understand the Quran well."
                   
                         "Why did you say that?"
                   
                     "Because the miracle in Quran is about language, and your culture is not Arabic, and because the language in some words express about culture, so you will never understand it.  It is something like when you read Quran with Spanish.  Although you learn Spanish, but you can't be a good translator from your language to Spanish for example."
                   
                       "But the Quran is for all muslims all over the world, since our prophet Muhammad s.a.w till the last day."
                   
                      "You must live there for all your life, and maybe your kids when growing there can understand a bit."
                       
                      "We will understand if we try hard."
                         
                       “Not try hard.  The language carries the culture inside it.  Although our culture in Egypt is Islamic, but people can’t understand the Quran.  It is  a very old language,  even Saudi people can’t understand it.  Just famous ayat, common ayat, the people can understand it."  
                         
                       "Hey, you say a word in Malay..."ayat."
               
                         "It is Arab, not Malay"  Moda  tertawa kecil.  Ahmad Irfan sekadar tersengih.
                         
                        "Oh really?" Tanya Ahmad Irfan  meminta kepastian. 
                           
                         "Yes".  Balas Moda ringkas.
                       
                           "You have many Arabic words mixed with your langguage." 
                         
               Tiba-tiba Ahmad Irfan teringat bahawa dahulu semasa  dia belajar di tingkatan enam rendah sekejap, sebelum menerima tawaran ke matrikulasi, dia mengambil subjek Bahasa Melayu.  Dia sempat belajar tajuk  Bahasa-bahasa Pinjaman dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu.  Kosa kata bahasa Arab dipinjam oleh bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca di Nusantara, seiring dengan perkembangan agama Islam di Nusantara, dan cikgu kesayangannya, Puan Zuraidah yang mengajar subjek bahasa Melayu pada waktu itu.  
                         
                             "Yes, you are right.  Our language borrowed many words from other languages from all over the world to expand our language, especially Arabic because Islam and Arab people came here and the Arab marry our people."
                             
                              "You are smart." Moda memuji.
                             
                              "Thank you, you too." Ahmad Irfan  tertawa kecil.

              Setengah jam kemudian, mereka sampai di Muzium Negara. Setelah dua jam berada di situ, mereka beredar. Mereka kemudiannya singgah makan tengah hari di gerai nasi ayam terkemuka di Kampung Pandan.   Ahmad Irfan sengaja membawa Moda ke situ.  Dia mahu Moda merasa nasi ayam paling sedap yang pernah dia makan.  Moda tidak membantah.  Dia juga suka merasa makanan baharu.  Setelah menikmati nasi ayam tersebut, Moda memuji kesedapannya.
                     
                         "Sungguh enak." ujar Moda dalam pelat Arabnya sambil menunjukkan isyarat jarinya.  Ahmad Irfan ketawa mendengar pujian Moda. 

                        "Can you cook, Ahmad?" tanya Moda.
                   
                  "A little.  If I am lazy or no time to cook, I just eat at the restaurant."                   
                        "I love to cook. I help my wife to cook almost everyday."
                   
                       "Wow, so good of you." puji Ahamd Irfan. 
               
                        "Last Monday we celebrated Shimo day or Egyptian day.  Arab called it Sham elneseem."
                   
                       "What is that event?"
           
                      "All Egyptian people, muslims and christians celebrate it. Families go to gardens and eat salty fish, smoked fish and coloured eggs.  It is the beginning of the spring season there."
                     
                       "Wow, it sounds great."  ujar Ahmad Irfan kekaguman. 

                      “Moda, last year I went to Mecca and Medina to perform umra.”
                  
                        “Oh, really? Good for you, but why don’t you come to Egypt and visit me there?  It is not very far, actually.”
                   
                    “Moda, I had told you  that I thought you were dead, remember?”
                  
                     “Oh yes.  I forgot,” jelas Moda sambil ketawa.
                   
                      “I love Arab food.  All types of rice such as kabbsa and mandy, pastas and desserts. They are all very ‘enak’.” 

                     “Yes they are.  They are all actually from mediteraniem countries.  Varaities in colours and taste.  Saudi food itself has nothing to be proud. No colours and no taste because the country only full of desert .”
              
                    “Oh, I see,“  Baru hari ini Ahmad Irfan tahu tentang perkara tersebut.  Mungkin juga betul kata-kata Moda kerana dia sendiri berbangsa Arab, dan pastinya dia lebih maklum tentang sejarah makanan bangsanya.

                  Selesai makan, Ahmad Irfan memandu ke Masjid Jamek untuk solat Jumaat.  Sudah dua hari dia menemani Moda bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, namun setiap kali dia singgah di masjid untuk solat, Moda hanya menunggu di luar masjid.  Dia mahu bertanya kepada Moda kenapa lelaki itu tidak ikut solat bersama-samanya, tetapi dia takut Moda tersinggung dengan pertanyaannya.  Oleh itu dipendamkan sahaja soalan itu.  Ahmad Irfan berkira-kira bagaimana dia harus bertanya dengan cara yang sopan.

                       "Today is Friday, so will you go to Friday's prayer?"  Tiba-tiba sahaja soalan itu terhambur dari bibir Ahmad Irfan. Moda menoleh ke arah Ahmad Irfan yang sedang memandu. Tiba-tiba juga Ahmad Irfan berasa menyesal kerana menanyakan soalan itu.
                             
                         "Why did you ask about my prayer?  Everyone needs to pray all  the times." 
                                     
                          "I'm just asking, I don’t mean anything. I am so sorry."
                                       
                     "I know Ahmad, don’t be sorry and don't be sensitive. We are best friends together.  You can ask me anything you like."
                               
                          "Thank you, Moda"
                             
                            "You know Ahmad, I just fight all the terrorism ideas.  Religion is between you and your God, not between you and me.  Maybe there is an over exaggerated about my reaction about religion.  I am sorry again."
                             
                           "It’s ok Moda."
                               
                           "To me, salah is for God, not for people, my friend."
                           
                          "If you said salah is for God, so why don’t you perform salah?"
                             
                               "All your questions and all your believes are the same as ISIS believes."  Ahmad Irfan agak terkejut dengan kenyataan Moda.
                       
                            "So do you think we are ISIS?"     Soal Ahmad Irfan pula.
            
                                "You think that there is no salah except your salah?”  Soal Moda kembali.
            
                              “All your ideas about Islam are the same with ISIS, also in Egypt. ISIS are terrorist.  It is called "Wahabi Islam or Saudi Islam”
              
                            "We are not.  We never kill people." Ahmad Irfan menafikan dakwaan Moda.
                         
                    "Yes, you are right.  Terrorist is not just to kill.  Terrorist is  also your thinking.  The Sheikh who gives fatwa is more terrorist.  We all have wrong thoughts about Islam. Our Islam all over the world nowdays is Wahabi Islam. Before that, about 50 years ago, we had another Islam, more mercy. Our Islam was for God, not for other people, but since oil was discovered in Saudi and they have too much dollars, they spread their Islam all over the world.  It is a politic, not religion."
                     
                    "It’s just your thought, Moda."  Ahmad Irfan berasa sedikit panas hati dengan kenyataan Moda. Fahaman dan pegangan Islam Moda benar-benar bertentangan dengan Islam ahli sunnah. Mungkin Moda berfahaman Syiah, fikir Ahmad Irfan.
                 
                   "Not only mine, young man.  We have scientists of Azhar who always fight against Wahabi Islam.  I think your parents' Islam was a religion too, not the same with your Islam.  When I say 'you', I dont mean you, Ahmad.  I mean generally."
                     
                   "Are you Shiaah, Moda?" Ahmad Irfan semakin berani bertanya.  Dia tidak mampu lagi berbasa-basi dengan Moda.
                         
                  Moda ketawa terbahak-bahak.  "There is no Shiaah or Sunni, young man.  Only Islam. Shiaah or Sunni was created by Saudi and USA."
                   
                Ahmad Irfan sekadar membisu.  Dia tidak tahu bagaimana hendak membidas kenyataan Moda.  Dia tidak faham akan Islam yang dianuti oleh Moda, terlalu liberal dan sangat bertentangan dengan Islam yang dianutinya.  Daripada cerita seorang rakannya yang pernah melancong ke Mesir kerana anaknya belajar di Mesir, penduduk Mesir rata-ratanya agak warak.  Al-Quran sentiasa di tangan. Di dalam kenderaan awam mereka  membaca Al-Quran dan kalau ada orang sedang berbual-bual kosong di dalam kenderaan awam, mereka akan menegur orang tersebut supaya membaca Al-Quran.  Ahmad Irfan agak keliru.  Mungkin Moda tidak termasuk dalam golongan tersebut, dia akhirnya membuat kesimpulan sendiri.  Di Malaysia pun sama, ramai yang beragama Islam tetapi ramai juga yang tidak solat, tidak berpuasa, tidak menutup aurat dan sebagainya.  Islam hanya pada nama dan tercatat pada kad pengenalan sahaja. 

              Setelah mereka sampai di Masjid Jamek, keadaan sudah sesak  dengan orang ramai yang sedang mendengar khutbah Jumaat yang baru sahaja bermula.  Setelah mendapat tempat parkir kereta tidak jauh dari masjid, Ahmad Irfan keluar dari kereta. 
                     
                       “Are you coming with me?”
                        “Yes.”
          
            Ahmad Irfan dan Moda berjalan beriringan ke Masjid Jamek.  Semasa Ahmad Irfan mengambil wuduk, kelibat Moda hilang dari pandangannya. Setelah selesai mengambil wuduk, dia meninjau-ninjau di sekeliling masjid.  Kelibat Moda masih tidak kelihatan.  Biarlah, nanti mereka akan berjumpa semula di tempat parkir keretanya, bisiknya di dalam hati.  Setelah itu, Ahmad Irfan mengambil tempat di satu sudut masjid itu lalu mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk.  Setelah Imam selesai membacakan khutbah, beliau mengimamkan solat Jumaat  dua rakaat.  Setelah selesai solat dan doa, semua jemaah berpusu-pusu keluar dari masjid.  Ahmad Irfan terus berjalan menuju ke keretanya.  Dari jauh kelihatan Moda sedang menunggunya di bawah sepohon ceri rendang di hadapan keretanya.  Ahmad Irfan menarik nafas lega apabila melihat Moda.  Dia tidak bercadang untuk bertanya ke mana Moda menghilangkan diri tadi, kerana dia tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan ibadah Moda.  Moda juga tidak berkata apa-apa.  

          Setelah itu, Ahmad Irfan membawa Moda ke Dataran Tugu Negara, Parlimen dan Dataran Merdeka.  Dataran Merdeka merupakan destinasi terakhir mereka.  Kebetulan pada waktu itu, berlangsungnya jualan mega durian di Dataran Merdeka. Ahmad Irfan membeli dua biji durian Musang King yang berharga RM35 sekilo untuk mereka berdua.  Setelah membayar harga durian tersebut,  mereka duduk di meja yang disediakan untuk para pengunjung yang mahu makan durian di situ.  Pada awalnya Moda kelihatan ragu-ragu untuk makan durian tersebut, tetapi setelah digesa oleh Ahmad Irfan, dia mencuba juga seulas buah durian itu.  Setelah menghayati keenakan rasanya, Moda makan lagi  tiga ulas buah durian itu. 
                
                    “Sungguh enak”, ujar Moda sambil tersenyum. 
                
                   “There, now you know how delicious the durian is, right?”
                 
                   “Yes, thank you Ahmad.  I will miss it, really.”

          Setelah selesai makan dan bersiar-siar sekejap di Dataran Merdeka dan mengambil gambar seadanya, Ahmad Irfan menghantar Moda pulang ke hotelnya.  Esoknya, Moda hanya mahu berehat di hotel sahaja, kerana pada waktu petangnya, dia akan berlepas pulang ke Egypt.  Ahmad Irfan akan datang menjemput Moda di hotel pada jam 3.00 petang kerana penerbangannya pada jam 7.00 malam.

               Keesokan harinya, seperti yang telah dijanjikan, Ahmad Irfan menghantar Moda ke KLIA 2.  Setelah Moda selesai ‘check-in’, dia dan Ahmad Irfan duduk berbual-bual di  sebuah ‘coffe house’ di  situ sementara menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas.

                “Ahmad, I want to thank you so much for spending some time with me during these five awesome days, took me to those wonderful places here, entertained me with great and warm friendship  and treated me with awesome food here. You are so nice to me. I will remember all the sweet moment  I spent here all my life.  Please be free to visit me in Egypt. Be my guest. It will be a great honour to me and my family too.”  Ujar Moda bersungguh-sungguh.  Sejurus itu, dia memeluk Ahmad Irfan dengan erat.  Ahmad Irfan membalas pelukan Moda dengan erat juga.

               “You are welcome, Moda.  Insya-Allah, I will visit you there some day. You are my guest here, and it is an honour to me too to entertain you nicely.  See you then, Moda.  Don’t forget to write to me as usual via messenger.”

                “Sure, Ahmad.  Don’t forget to  upload all the photos, ok.”

                 “Sure, Moda.”

                “Good bye Ahmad, see you again. Assalamualaikum.”
                
                “Walaikumsalam.”
                                       
                Setelah itu, Moda terus beredar ke balai berlepas sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Ahmad Irfan.  Ahmad Irfan membalas lambaian Moda.  Setelah Moda hilang dari pandangannya, Ahmad Irfan terus berjalan ke tempat parkir keretanya.  Semasa dia sedang berjalan, dia bermonolog sendiri.  Biarlah Moda tidak menunaikan rukun Islam sebagaimana sepatutnya seorang muslim, itu urusannya dengan Allah. Biar juga mereka sering bercanggah pendapat dalam banyak isu, namun dia akan terus  bersahabat dengan Moda selagi Moda tidak memberi pengaruh yang buruk kepada dirinya.  Dia juga bercita-cita untuk melawat Moda di Mesir pada suatu hari nanti jika ada rezekinya dan mungkin dia akan ‘berhoneymoon’ di Mesir setelah dia berkahwin dengan  Farhana nanti, Insya-Allah.