>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Tuesday, May 24, 2011

Suatu Waktu Dahulu...



Suatu waktu dahulu
pernah aku merasainya
ada getar dalam hatiku
tatkala mata bertentang
pabila bibir berbicara
hanya denganmu

Bila kau dekat
jantung berdetak kencang
bila kau menjauh
hati jadi resah
rindu pun menyapa

Akhirnya kau pergi menggapai cita
tinggalkan aku sendiri
merintih dalam diam 
ditemani rindu yang tak bertepi
hati yang resah kupujuk sendiri  
walau kau tak pernah tahu
cinta dan rinduku hanya untukmu

Hari berganti
walau  aku cuba untuk tetap setia
namun akhirnya aku tewas oleh waktu
kerana segalanya tak pernah pasti
dirimu pergi tak pernah kembali

Sudah suratan
kini kita bertemu kembali
walau tak pernah bersua
akhirnya  kau lafazkan kepadaku
bahawa suatu waktu dahulu
akulah gadis yang kau puja
padaku rindumu tertumpah
akulah cinta pertamamu
dan kenangan dahulu
tak akan pernah terpadam

Aku teruja
dipanah bahagia
kerana akhirnya aku tahu
suatu waktu dahulu
kita saling mencintai
kita saling merindui
walau tak punya daya untuk saling melafazkan

Jika rindumu  dulu masih tersisa untukku
kusambut penuh tulus
kerana aku juga amat merinduimu
sungguh...



Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

1 comment:

  1. Puisi ini saya tulis terkhusus untuk dua orang sahabat yang saling mencintai tetapi memendam perasaan itu sendiri kerana tiada kekuatan untuk meluahkannya. Mereka akhirnya berpisah demi mengejar cita-cita masing-masing. Berpuluh tahun kemudian, mereka bertemu kembali dalam situasi yang berbeza dan baru kini mereka tahu bahawa cinta mereka dulu tidak bertepuk sebelah tangan...walaupun mereka sangat bahagia mengetahui hakikat itu, namun tiada niat di hati mereka untuk mengulang kembali kisah itu...biarkanlah kisah itu kekal sebagai kenangan terindah masa lalu mereka...

    ReplyDelete