(i)
Dalam usiamu yang menginjak remaja
cinta mula menjengah
menyapamu penuh mesra
membelaimu penuh pesona
dirimu jadi penasaran
kerana hatimu telah ditawan
oleh cinta sang teruna
Dalam lembutmu ada jiwa yang keras
dalam sopanmu ada tutur yang melukakan
dalam dadamu ada iman yang rapuh
kerana cinta itu
dirimu rela segalanya
kerana cinta itu
dirimu binasa
Cinta sang teruna membutakan matamu
cinta sang teruna menulikan telingamu
cinta sang teruna memendekkan akalmu
kerana cinta sang terunadirimu hanyut dalam gelora nafsu
Dirimu dijanjikan syurga
dirimu hanya satu yang dipuja
dirimu adalah segalanya
dirimu dan dia berjanji setia
(ii)
Tiba-tiba dirimu terjaga dari lena
dari mimpi yang penuh serakah
hatimu mula dibuai penyesalan
tangismu meratapi kisah hitam
yang menyelubungi remajamu
Namun di suatu sudut hatimu
masih ada sisa kesetiaan
tak tergamak melukakan
tak sanggup memungkiri
berat untuk melangkah pergi
No comments:
Post a Comment