bisa membuat hati jadi gentar
jantung hampir luruh
diri terasa kerdil
tergambar kiamat kecil
dunia sudah di akhir zaman
Hadirmu
membawa berita kemusnahan
menyampaikan khabar kehancuran
menyaksikan kematian yang tak bisa diratap
Sejarah yang pernah kau lakar
suatu waktu dahulu
pada tanggal 26 Disember 2004
masih segar dalam ingatan
masih terlilit traumanya
masih kental fobianya
masih terasa bahangnya
dan masih berbekas parutnya
di dada mereka yang berhati walang
Kini kau kembali
menyampaikan salam kiamat
membawa pesan sakaratul maut
membadai tanah gah negara matahari terbit
tanpa belas
Sehebat manapun kuasa nuklear
secanggih manapun ciptaan teknologi
tak mampu menandingi badaimu yang tinggi bergelora
hanya mampu menyerah
melihat badaimu meratah
menyapu bersih segalanya
dalam sekelip mata
dalam sehela nafas
Yang tersisa hanyalah mayat dan bangkai bergelimpangan
yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur
(11 Mac 2011)
Tsunami yang berlaku di Jepun pada tanggal 11 Mac 2011 adalah pada bacaan 8.9 skala ritcher, telah melumpuhkan hampir separuh negara matahari terbit itu, manakala Tsunami yang berlaku di Acheh dan negera-negara Asia Tenggara serta India pada tanggal 26 Disember 2004 pada bacaan 9.2 skala ritcher, adalah yang paling hebat yang pernah berlaku sejak zaman millenium. Mengikut ramalan seorang pengkaji Yunani, dunia akan kiamat pada tahun 2012..benarkah? Hanya Allah yang maha mengetahui...
ReplyDelete