kerana kamu sendiri, kini
tiada lagi yang akan menyapu mutiara bening yang mengalir di pipi mulusmu
Duhai mawar biru
bangun dari rebahmu
bangun dari rebahmu
dan terus berjalan
walaupun langkahmu lemah dan longlai
walaupun kamu sangat terluka
terus berjalan
jangan menoleh lagi
Kasihan kamu duhai mawar biru
tiada lagi yang mahu mendengar rintihanmu
tiada lagi yang akan memperdengarkan senandung lagu rindu untukmu
pasrahlah kamu duhai mawar biru
Duhai mawar biru
kauimpikan bahagia
kauimpikan bahagia
tapi kecewa yang menjelma
dan sepi akan terus bertahta
menemanimu sepanjang masa
No comments:
Post a Comment