TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, February 21, 2011

Nilai Cintaku...


Cintaku kepadamu
menguji kesetiaan
mendamba kesabaran
menagih pengertian

Cintaku kepadamu
cinta yang tak pernah terucap
menanggung rindu yang berpanjangan
bersama usia yang semakin menginjak

Cintaku kepadamu
takkan usang biarpun musim berlalu
hanya milikmu walau tak  akan pernah memiliki
tetap jujur walau tak pernah berjanji

Cintaku kepadamu
tak perlukan jawabmu
walau tanpa balas
cintaku tak pernah goyah

Cintaku kepadamu
tak perlu siapa tahu
cukuplah kau mengerti
cintaku abadi

Setiaku hanya kepadamu
itulah nilai cintaku....
                                             


2 comments:

  1. indah nian madah ini, seindah penulisnya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...puisi ini saya tulis khusus untuk seorang sahabat yang cintanya dipendam sendiri sejak zaman remaja terhadap seorang gadis yang dipuja, iaitu rakan sekolahnya, tetapi tidak diucapkan kerana tiada keyakinan diri...dan cinta itu tetap abadi hingga kini walaupun gadis tersebut sudah pun berkeluarga dan tidak pernah tahu bahawa dirinya begitu dirindui oleh sahabat saya itu...hebat bukan cinta itu....

    ReplyDelete