Kala dirimu diperolok-olok
dek janji yang tak pernah terlunas
kerana kata-kata sekadar mainan bibir
hati mula membara
Kala hati panas dan membara
jiwa terbakar
amarah pun datang
merasuk jiwa yang lemah
merasuk jiwa yang lemah
menguasai diri dan juga minda
Amarah
rasa itu menepis segala rasa hormat
rasa itu menepis segala rasa hormat
mengusir rindu, sayang dan juga cinta
amarahmu mengundang dendam kesumat
yang tak berkesudahan
Kalammu menjadi senjata
nada sinis di mana-mana sahaja
menyerang dan terkadang mempertahankan
dirimu puas meluahkan segala yang terpendam
agar mereka mengerti
Amarah
walau apa pun alasannya
rasa itu harus dipimpin
harus sedia memaafkan
agar tidak mengheretmu ke lembah penyesalan
agar dirimu tak disisihkan
kerana angkuh dengan amarahmu.
powerlah ayat cikguu.....
ReplyDeletethanks syahrom...awak dah baca karya cikgu yang lain? cikgu sekarang dalam proses menulis novel...tunggu dan baca ya...
ReplyDelete